PENGHANTARAN PRODUK MENGGUNAKAN SERVICE CURRIER APA?

Untuk produk Ikan Patin, kami menggunakan currier Parcel Post. Manakala untuk lain-lain produk, kami menggunakan currier POSLAJU


BILAKAH WAKTU PENGHANTARAN UNTUK PRODUK FROZEN (IKAN PATIN)?

Kami akan buat penghantaran pada setiap petang pada hari ISNIN hingga JUMAAT SAHAJA. Sekiranya terdapat hari CUTI UMUM, jadual penghantaran akan berubah mengikut ketetapan pihak currier. Kami akan maklumkan kepada pelanggan.


BERAPA LAMA TEMPOH MASA UNTUK PENGHANTARAN IKAN PATIN?

Pihak currier menjamin penghantaran dalam tempoh 24 jam selepas pickup di Kilang kami (5 Petang). Untuk produk Ikan Patin, daya tahan adalah sehingga 48 Jam. Pihak kami juga akan bertanggungjawab sekiranya penghantaran kepada pelanggan melebihi 48 jam.


ADAKAH PENGHANGTARAN PRODUK FROZEN COVER SELURUH MALAYSIA?

Buat masa sekarang kami hanya cover untuk Bandar-bandar utama di semenanjung Malaysia sahaja. Sekiranya anda ada kekeliruan, hubungi kami untuk kami semak liputan kawasan penghantaran bagi kawasan anda. 


KENAPA KOS PENGHANTARAN MAHAL?

Untuk barang sejuk beku seperti Ikan Patin, kos penghantaran yg kami tetapkan adalah RM21 SAHAJA (Flate Rate). Kos tersebut adalah termasuk cas dari pihak currier & juga kos “ICEBOX”.  


ADAKAH PRODUK IKAN PATIN INI SEGAR & ASLI DARI TEMERLOH

Untuk maklumat anda, produk ikan Patin kami adalah asli dari Temerloh. Ianya diternak di Sungai Pahang & diproses di kilang kami yg berada di Temerloh 


ADAKAH PRODUK PES TEMPOYAK BOLEH TAHAN LAMA DENGAN SUHU BILIK?

Sekiranya belum dibuka, ianya boleh bertahan dengan suhu bilik. Kami cadangkan anda untuk simpan di dalam peti sejuk supaya ianya lebih tahan lama. 


DIMANAKAH BOLEH DAPATKAN PRODUK LAZIZ PATIN?

Anda boleh dapatkan produk Laziz dari website, SHOPEEejen kami yang berhampiran  

 

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.