Mega Laziz Food Industry Sdn Bhd dibawah jenama LAZIZ ditubuhkan pada 2016. Antara produk utama kami adalah Ikan Patin Segar, Ikan Patin Sejuk Beku, Pes Gulai Tempoyak, dan Pes Pais Tempoyak.
Kami memiliki sangkar ikan patin yang terletak di Temerloh, Pahang. Pihak kami menjadi pembekal utama ikan patin ke restoran dan kedai makan sekitar daerah Temerloh dan seluruh semenanjung Malaysia. Selain itu, pihak kami mengedarkan produk sejuk beku seperti Ikan Patin dan Pes Tempoyak kepada Stokis & Ejen kami di seluruh Semenanjung Malaysia.