• SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH KERANA SUPPORT LAZIZ
  • SILA PASTIKAN ANDA MEMILIH CURRIER YANG SEPATUTNYA SEBELUM PEMBAYARAN....
  • PIHAK KAMI HANYA COVER SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA BAGI PRODUK IKAN PATIN. TERIMA KASIH
icon-search

AIR SG PAHANG KERING

AIR SG PAHANG KERING

nomena air Sungai Pahang cetek dan kering hingga membentuk beting pasir luas, berikutan kurangnya hujan di daerah ini sejak lebih dua bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan kerugian kepada pengusaha projek ternakan ikan sangkar di beberapa kampung tradisional, yang tidak pernah menduga jajaran Sungai Pahang akan mengering.

Jamil Awang Noh, 64 yang mengusahakan ternakan ikan sangkar di Kampung Sanding, di sini mendakwa keadaan dihadapi ketika ini lebih teruk berbanding fenomena pada 1996.

365725000_641486978077887_433304624631942469_n

"Saya kerugian kira-kira RM60,000 dalam tempoh 12 bulan apabila berpuluh ribu benih ikan patin dan tilapia yang dilepaskan sejak Ogos tahun lalu, mati berperingkat disebabkan paras sungai cetek dan kering.

"Tak pernah kami duga keadaan ini akan berlaku. Sungai Pahang yang menjadi nadi kepada penduduk setempat, kini bertukar lesu," katanya yang berharap pihak kerajaan dapat membantu mengatasi masalah dihadapi.

Bagi Rosmawati Sulaiman, 41, berkata, dia rugi lebih RM10,000 apabila lapan sangkar ikan terletak di Kampung Tanjung Berangan, Pesagi dekat Chenor kini berada di atas beting pasir.

"Sejak tiga minggu lalu air sungai yang membentuk seperti kolam di Sungai Pahang ini semakin surut, hingga banyak ikan patin dan tilapia diternak mati kerana kepanasan dan air tercemar.

"Situasi ini bukan hanya menjejaskan pendapatan pengusaha seperti kami tetapi turut membabitkan nelayan darat disebabkan ikan sungai banyak mati.

"Faktor cuaca panas dan taburan hujan yang sedikit dalam jangka masa panjang di kawasan hulu, yang menyebabkan Sungai Pahang semakin kering dan membentuk beting pasir luas ini," katanya ketika ditemui.

Rosmawati berkata, selain Kampung Tanjung Berangan sahaja, turut terjejas Sungai Pahang dekat Kampung Paya Pasir yang terletak bersebelahan.

"Untuk mengelak kerugian lebih besar, saya terpaksa menjual ikan pada harga lebih rendah. Ikan yang masih belum mencapai saiz pasaran dijual dengan harga RM16 sekilogram (kg) berbanding RM22 kg sebelum ini.

"Penternakan ikan sangkar juga tutup sementara sehingga mungkin November, bergantung kepada paras sungai," katanya yang terbabit aktiviti menternak ikan sejak empat tahun lalu.





Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping