• SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH KERANA SUPPORT LAZIZ
  • SILA PASTIKAN ANDA MEMILIH CURRIER YANG SEPATUTNYA SEBELUM PEMBAYARAN....
  • PIHAK KAMI HANYA COVER SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA BAGI PRODUK IKAN PATIN. TERIMA KASIH
icon-search

Jabatan Perikanan kerjasama dengan MARDI dan FAMA atasi ‘krisis’ patin sangkar

Jabatan Perikanan kerjasama dengan MARDI dan FAMA atasi ‘krisis’ patin sangkar

TEMERLOH – Jabatan Perikanan bertindak proaktif menjalinkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi memperbanyakkan lagi industri hiliran ikan patin sekali gus memastikan isu ikan patin yang sukar di jual akibat pandemik Covid-19 tidak berulang lagi.

Pengarah Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, selain itu pihaknya juga sedang berusaha meningkatkan kaedah jualan ikan patin secara dalam talian (online) dengan kerjasama MARDI dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Jabatan Perikanan telah pun berhubung dengan MARDI sejak April lalu untuk mengadakan kursus kemahiran pemprosesan ikan patin bagi produk hiliran melalui teknologi MARDI sebagai persediaan menghadapi krisis (masalah jualan ikan patin) seperti ini.

Semalam Kosmo! melaporkan ramai penternak ikan patin sangkar di Temerloh yang terkenal dengan ikan patin pening kepala memikirkan cara untuk mencari pelanggan ekoran kurang permintaan daripada pengusaha restoran sedangkan bekalan ikan itu semakin berlambak.

“Bagaimanapun buat masa ini kursus kemahiran bersemuka tidak boleh dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, ia akan dibuat selepas dibenarkan nanti,”katanya selepas meninjau Kilang Pemprosesan produk hiliran ikan patin Lazizpatin di sini, semalam.

Akibat banyak kedai makan yang tidak beroperasi sepenuhnya menyaksikan ada penternak yang biasanya mampu menjual purata 200 ekor sehari kini hanya mampu menjual 20 ekor ikan patin.

Menurut Abdullah berdasarkan data 2020 terdapat sebanyak 1,673 penternak ikan sangkar di seluruh negeri dengan 34 peratus daripadanya iaitu 563 orang penternak adalah di Temerloh.

Beliau memberitahu, jumlah keluasan ikan sangkar di Temerloh sahaja adalah seluas kira-kira enam hektar dengan bilangan 4,096 unit sangkar ikan.

Dalam pada itu beliau berkata, MARDI sememangnya mempunyai teknologi penghasilan produk sejuk beku yang boleh dimanfaatkan oleh penternak ikan patin dalam memastikan pasaran ikan sungai berkenaan dapat dilakukan berterusan.

Beliau memberitahu antara produk hiliran berasaskan ikan patin termasuklah produk sejuk beku pais patin, tauhu ikan patin, tempura, kepingan isi ikan (fillet) dan kebab ikan.

“Kita juga akan berusaha untuk padankan kaedah pemasaran dalam talian dengan LKIM dan FAMA yang pada masa ini mempunyai Agrobazaar Online dan NekmatBiz yang boleh membantu dari segi pemasaran.

“Jadi ia perlu seiring (produk hiliran dan kaedah dalam talian) kerana terlebih dahulu penternak perlu pengetahuan pembungkusan yang boleh dijual secara dalam talian,”ujarnya.

Sementara itu beliau, berkata, tidak berlaku masalah rentas negeri atau daerah kepada pengusaha dan penternak ikan patin kerana ia merupakan industri rantaian makanan dlam kategori perkhidmatan perlu.

Ujarnya sehingga kini Jabatan Perikanan negeri telah mengeluarkan 706 surat pengesahan pergerakan bagi membantu penternak ikan patin mengangkut dan memasarkan hasil mereka. 

SUMBER: KOSMO



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping